TANDA-TANDA GANGGUAN JIN DALAM RUMAH & PERNIAGAAN

Gangguan jin pada rumah boleh berlaku pada mana-mana tempat khususunya rumah yang telah ditinggal lebih daripada 30 hari. Bila anda menyewa rumah yang telah lama ditinggalkan, potensi untuk menerima gangguan jin adalah sangat tinggi. Sewajarnya anda perlu azankan rumah guna spray terapi TBQ memagar rumah.

Berikut adalah antara simptom-simptom yang menunjukkan adanya gangguan Jin dan Syaiton (angkara Sihir, Saka atau Lintasan) di Rumah atau Premis Perniagaan (kedai, pejabat dll) berkenaan:

1. Bau wangian / kemenyan / busuk / hanyir / hangit yang tidak diketahui puncanya

2. Bayi kerap menangis bila berada dalam rumah / premis perniagaan

3. Benda bergerak / berubah tempat dengan sendirinya                                                   

4. Bunyi air pili dibuka di tandas / bilik mandi

5. Bunyi perabot / benda berat / tukul besi diseret / dihempas di rumah atas (flat, apartment, condo)

6. Bunyi guli / bola ping-pong / menumbuk dengan lesung di rumah atas (flat, apartment, condo)

7. Bunyi orang berjalan di dalam / tingkat atas rumah

8. Bunyi pasir / benda berat jatuh di atas syiling atau bumbung rumah

9. Bunyi sesuatu mencakar bumbung / pintu / tingkap

10. Kedai / Pejabat tidak dapat dilihat oleh pelanggan / seperti tidak beroperasi

11. Lampu / alat elektrik terpadam dengan sendirinya

12. Makanan yang telah dimasak mudah menjadi basi

13. Melihat lembaga / jin / hantu secara terus

14. Mendengar suara berbisik / menyergah / memanggil nama

15. Nampak kepulan asap hitam / putih dalam rumah / bilik

16. Pintu / Tingkap bergegar / terbuka dengan sendirinya

17. Rasa resah gelisah tanpa sebab bila berada di dalam rumah / premis perniagaan

18. Sering terasa seram bila berseorangan di dalam rumah / premis perniagaan

19. Selalu melihat kelibat / bayangan di dalam rumah / premis perniagaan

20. Sering kehilangan wang secara tiba-tiba

21. Sering terjaga di waktu malam / tengah malam

22. Sesuatu menyentap kaki semasa sedar atau tidur

23. Suami isteri / penghuni rumah / pekerja kerap bertengkar walaupun perkara kecil

24. Suhu di dalam rumah / premis perniagaan terasa aliran bahang panas

25. Tanda lebam pada anggota badan

26. Terasa ada lembaga tidur bersama / bersetubuh / menganggu / berdialog ketika tidur

27. Terasa diri selalu diperhatikan / diekori

28. Terasa bahu ditepuk dari belakang

29. Terasa terkena renjisan air

30. Udara di dalam rumah / premis perniagaan berasa mampat dan sebagainya lagi…


PENTING: Jika anda ada mengalami sekurang-kurangnya TIGA (3) simptom yang disenaraikan di atas, segeralah berjumpa dengan Perawat Islam yang diyakini untuk mendapatkan ikhtiar rawatan. Gangguan Jin dan Syaiton yang berterusan boleh membawa kepada berbagai gejala Penyakit dan Masalah yang lebih serius. Wallahua’lam.

SETIAP PENYAKIT PASTI ADA PENAWARNYA

SETIAP MASALAH PASTI ADA JALAN KELUARNYA

9 thoughts on “TANDA-TANDA GANGGUAN JIN DALAM RUMAH & PERNIAGAAN

  1. Bau wangi di rumah sy tak tau apa punca ..bau ni wangi sampai Rasa x selesa di mata, tekak dan hidung

    1. kalau boleh encik ikhtiar guna spray TBQ kami https://terapibilquran.com/product/spray-terapi-bil-quran/ untuk atasi masalah gangguan pada rumah encik. kita tidak tahu bau itu dari mana. boleh hubungi kami 0177591252 untuk pertanyaan ye.

  2. Salam ust…SY BRU BPINDAH rumah…RMAH ini TLAH LMA DTINGGALKN SMSA SY MSUK RMAH ini DTNGGALKN dlm keadaan KTOR…SY dn suami TLH CCI RMAH ini…KNPA SY MRSA PNAS dan skit2 BDAN ye SMJAK BPINDAH dirumah ini…

    1. walaikumsalam,selalunya rumah bila kita dah tinggalkan lama pasti ad bende yang datang . kalau boleh azan rumah yg puan duduk setiap penjuru, jika keadaan sama. puan boleh ikhtiar guna spray terapi kami https://terapibilquran.com/product/spray-terapi-bil-quran/ untuk spray kawasan rumah. jika puan nak tahu lebih lanjut boleh hubungi hotline kami 0177591252. insyaAllah kami boleh bantu puan atasi masalah gangguan rumah

  3. […] satu punca ialah dari gangguan jin di rumah yang mendorong kepada masalah […]

  4. SAlam ust..isteri saya baru naik gatal2 di muka..sudah pergi klinik telah makan dan sAPU tapi masih belum hilang malah gatalnya makin KETARA.bila basuh muka rasa panas sAYA rasa macam KAYAp.dalam sehari dua ada bau busuk di kawasan rumah saya..bila saya berjalan ke rumah sebelah tiada bau.puas saya cari mana datangnya bau tu.tapi xjumpa..bau tu masuk sekali dalam rumah buat hidung xselesa.adakah ini tanda2 ada perbuatan sihir dalam orang yang tertentu..bantu kami ust. Terima kasih

    1. walaikumsalam, tentang masalah isteri en yang ada masalah gatal-gatal, kami nasihatkan en bawa isteri en ke pusat rawatan kami untuk buat rawatan ruqyah,
      nanti perawat kami akan ruqyahkan isteri en, selepas ruqyah, perawat kami akan beitahu sama ada isteri encik ad masalah gangguan atau tidak.
      kerana kebanyakkan masalah gangguan jika tidak dirawat akan timbul masalah kesihatan yang lain.

      untuk masalah rumah pula,jika ia berlaku secara berlarutan mungkin itu masalah gangguan dalam rumah, kami nasihatkan encik cuba dahulu spray terapi tbq https://terapibilquran.com/product/spray-terapi-bil-quran/ kami dan lakukan sebanyak 3hari berturut-turut. jika ia berlaku lagi ,insyaallah perawat kami boleh bantu encik untuk atasi masalah gangguan dalam rumah encik. untuk pertanyaaan lebih lanjut, encik boleh whatsaap kami di 0177591252.

  5. Salam ustad,kebelakangan ini rumah sy sering terbau kemenyan setiap pagi dan petang,bila menjengah keluar da leliling tiada bau hanya dalam rumah sy shaja..apakah ini salahsatu gangguan jin atau sihir

    1. walaikumsalam,
      terima kasih atas soalan anda

      berkaitan dengan masalah rumah anda, jika bau kemenyan itu berlarutan dan tidak tahu daripada mana punca bau tersebut mungkin itu adalah salah satu tanda gangguan dalam rumah anda, solusinya anda boleh ikhtiar sendiri dengan azan di setiap penjuru rumah anda dan pasanglah surah al-baqarah setiap hari, jika dalam masa 3 hari bau kemenyan itu ada lagi, anda boleh gunakan spray terapi bil quran atau anda boleh hubungi kami pusat rawatan islam terapi bil quran, 0177591252, untuk masalah rumah anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *