RUQYAH

“Gua nya mata selalu keluar rambut. Ini kaki sudah lama sakit. Macam itu jarum cucuk-cucuk. Ada orang buat ke?” Tanya auntie cina yang berumur 75 tahun datang seorang diri tadi. Bila dibacakan Quran beliau mula mengigil dan menangis tak terkawal. Jantung beliau berdebar-debar tanpa sebab. Alhamdulillah setelah diruqyahkan kaki auntie ini rasa ringan. Semoga Allah memberi beliau hidayah dan kesembuhan. Lelaki india yang beragama lain ini telah datang untuk sesi rawatan buat kali kedua. Alhamdulillah kesakitan di sebelah kanan kepala beliau telah 70% berkurangan apabila mendengar CD Terapi bil Quran setiap hari. Tadi beliau hanya bergoyang kepala sikit sahaja dan tak seperti minggu lepas mengigil kesakitan. Kesembuhan milik Allah. Insan hanya perlu berdoa, berusaha & berserah padaNya untuk kesembuhan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *